Myself

Myself
at office Kopusa

Wednesday, January 18, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Wow.. last posting 2011.. sekarang dah 2017 😂😂😂 6 tahun berlalu.. and here i am masih macam dulu. Kut kalau beranak dah masuk sekolah darjah satu.
Saya tak aktif di blog.. tapi saya aktif di FB. saya tak rasa ada org nak baca my posting blog ni.. tapi saya tetap akan menulis(ikut kelapangan) my feelings..my thought..my experience.
Alhamdulillah this blog masih boleh diaktif kan..cuma masih tak pandai nak buat design and layout.. still old school maa..
My last posting saya masih di dalam puteri UMNO. now i am deputy ketua wanita bahagian atau naib ketua wanita umno bahagian bandar tun razak. Begitulah kehidupan.. mesti ada perubahan.. dulu pink skrg merah.. dulu montel.. sekarang slim sikit.. dulu kereta proton sekarang pakai nissan.. dulu 1 rumah sekarang 2 rumah.. syukur sangat2 atas segala pemberian dan rahmat yg Allah berikan pada kami sekeluarga. semoga sahabat2 juga berada didalam rahmatNya. Yang tak berubah saya yang masih single..hehehehe.. semuanya ketentuan Tuhan.. jangan merungut.. sebab nasib kita masih lagi baik dari setengah2 orang yang lain.. (pesanan untuk diri sendiri..)
Anyway..semoga 2017 membawa lebih banyak cahaya dan sinar dalam kehidupan kita.. good luck all the best.. keep in touch.. :) :)

Wednesday, August 10, 2011

ISLAM DALAM BAHAYA

Sudah tiba masanya untuk kita bangkit wahai kaum muslimin dan muslimat! Peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bukti bahawa Islam dalam bahaya. Kerana bercakaran sesama kita, musuh telah berjaya memecah belahkan umat Islam dalam pecah dan perintah.. hasilnya mereka telah berjaya menyebarkan dakwah mereka kepada sesetengah orang Islam.

Ada pun beberapa orang pakatan cuba menrasionalkan tindakan gereja yang memberi makan kepada orang susah..namun ini adalah berkenaan akidah. Akidah seorang mukmin adalah tanah airnya, kaumnya dan keluarganya dan diatas akidah inilah manusia harus bersatu padu bukan seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar.

Isu yang dikeutarakan hari ini bukan isu baru. Antara isu-isu berbangkit adalah seperti berikut:

1) Kita pernah digemparkan pada tahun 2008 tentang pendedahan oleh Persatuan Mubaligh Kristian bahawa terdapat 230,000 orang Islam telah murtad di Malaysia. Namun tiada siapa pun dikalangan kita yang mengambil tindakan. Baik UMNO mahu pun PAS. Dua parti Islam gergasi ini terus berbalah. Walaupun UMNO telah membuka pintu rundingan namun PAS dengan sombongnya menolak tawaran UMNO.

2) Isu kalimah ALLAH sehingga mereka berani mencabar kerajaan di mahkamah.

3) Isu Bible dalam bahasa malaysia yg dibawa masuk ke negara kita adalah bertujuan untuk mengelirukan umat islam di negara ini.

4) Pendedahan oleh Mohamed Razali bekas ahli DAP tentang perjumpaan paderi-paderi kristian di Pulau Pinang yang mempunyai agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

5) Rancangan menubuhkan IFC (interfaith council) dengan tuntutan yang menghina agama islam.

6) Laungan azan menjadi larangan ditempat tertentu. Mereka begitu berani memberi pandangan yang jelek tentang laungan azan.

7) Ada anak bangsa lain yang begitu berani menghina dan mengejek laungan suci azan.

Perkara ini harus ditangani sebaik mungkin. Negara Malaysia sangat bertuah kerana rakyatnya sangat toleransi. kalau di negara lain sudah pasti ada gereja yang dibakar kerana isu begini.

Kesimpulannya ini adalah perjuangan wajip bagi setiap individu muslim. Kita harus bersatu dalam mempertahankan agama suci kita. Mereka harus terima hakikat bahawa agama rasmi negara ini adalah negara islam. kerana islam jugalah kita boleh hidup dengan penuh harmoni.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Syukur Alhamdulillah kerana hambamu ini ditemukan dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Namun sambutan kali ini pastinya muram kerana tahun ini juga kak zau kehilangan satu-satunya adik tercinta, Allahyarham Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak atau Boy. Kehilangan arwah pastinya memberi kesan pada kami sekeluarga. Setelah Abah, Mak kini Boy...namun kak zau redha dengan ketentuan Illahi. Dia yang lebih mengetahui...Allahhuakbar.

Kepada adik-adik Puteri, kak zau ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Inilah masanya kita tingkatkan amalan, kukuhkan iman serta mengambil peluang mendekatkan diri dengan Allah SWT dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Kak Zau percaya pelbagai program telah diaturkan di semua bahagian sepanjang bulan Ramadhan. Tambahan pula kita mendapat suntikan daripada Dato Seri Najib untuk setiap sayap. Alhamdulillah..terima kasih Dato Seri atas keprihatinan Dato Seri. Semoga Dato Seri sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah  SWT...amiinn..

P/s: tak sabar nak dengar lagu raya di radio...

Wednesday, June 1, 2011

Cabaran Baru..

Pink Village
Ziarah Kasih Puteri (Siri 1)
Begitu lama saya tidak update blog kerana kesibukan masa yg tidak memberi saya ruang untuk menulis dalam blog ini. Tajuk saya hari ini Cabaran Baru... yang mana ramai yang sedia maklum akan perlantikan saya sebagai Ketua Puteri Wilayah yang baru bermula daripada 1hb April tempoh hari. Saya memanjatkan syukur kepada Allah SWT atas ruang dan peluang yang diberikan. Dalam ucapan saya tempoh hari di persidangan puteri BTR, siapa saya hari ini bukanlah suatu yang diimpikan pada 10 tahun dahulu. iaitu semasa bermulanya penaja puteri umno pada tahun 2000. Ketika itu yang hanya terpahat dikepala hanyalah mengisi masa lapang dan bekerjasama dengan UMNO Bahagian dalam apa jua program, selain program puteri sendiri. Alhamdulillah Zauyah hari ini masih sama seperti Zauyah 10 tahun dahulu. Itu yang dikatakan oleh rakan2..hanya fizikalnya sahaja banyak berubah...huhuhuhu..
Tanggungjawab yang baru ini tak mungkin dapat saya pikul tanpa sokongan dari rakan2 lain dari Wilayah. Kepada mereka pesanan saya anggaplah saya seperti wakil mereka yang mewakili suara puteri bahagian2 lain di wilayah. Janganlah anggap saya seperti BOS yang akan mengwujudkan jurang antara kita. Apa jua perkara atau permasalahan di bahagian atau cawangan marilah kita bersama-sama mencari penyelesaian yang terbaik.
Puteri UMNO WP telah pun menjalankan beberapa aktiviti sejak dari April lagi. Pada 2hb Mei kita telah melancarkan Kembara Daftar Pemilih di Bahagian Batu, disusuli dengan program Ziarah Kasih Puteri di Setiawangsa, Kepong seterusnya Konvoi Ziarah Kasih Puteri Siri 1 dan 2. Terbaru Pink Village Puteri anjuran bersama Puteri UMNO Selangor di Putrajaya sempena Perhimpunan Sejuta Belia. Pelbagai lagi program pu3 WP sedang disusun atur untuk adik2 puteri wp semua. dan kami akan pastikan semua program puteri wp akan dibuat di semua bahagian mengikut giliran.

Ziarah Kasih Puteri (Siri 2)







Wednesday, March 9, 2011

Menunggu masa..

Keputusan PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau menunjukkan kelonjakan undi yang menyebelahi kerajaan BN. Pemilihan calon bagi kedua-dua tempat juga menepati aspirasi rakyat. Tahniah buat kedua-dua YB yang baru.
Apa yang nak disentuh disini ialah mengenai mereka yang suka mengambil kesempatan setiap kali PRK. Mereka ini suka membuat tuntutan-tuntutan bagi memenuhi permintaan kaum mereka. ya lah bila lagi nak tuntut kalau bukan masa ini. Tapi buat lah tuntutan yang berpada..yang akan menguntungkan keseluruhan rakyat Malaysia, bukan setakat setengah-setengah kaum sahaja. Isu ni sangat sensitif. Saya tak faham kenapa ada sebahagian kaum cina yang suka membuat permintaan yang saya rasa sudah melampau..tidak hormat kepada kaum lain di negara ini. Tidakkah mereka fikir, jika permintaan mereka dipenuhi oleh kerajaan pasti kaum lain juga akan datang membuat permintaan yang sama. Untuk hidup dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk kenalah bertoleransi. Permintaan yang melampau apabila mereka mahu guru bahasa malaysia di sekolah jenis mesti fasih bahasa mandarin untuk mengajar bahasa melayu. Bayangkanlah mengajar bahasa melayu diajar dalam bahasa mandarin. Perlembagaan negara seolah-olah dipijak-pijak saja oleh mereka ini. Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia satu-satunya Negara yang membenarkan sekolah berasaskan kaum. Janganlah buat kami orang Melayu berfikir semula adakah datuk nenek moyang kita telah membuat kesilapan apabila menyelamatkan orang Cina di Negara ini sewaktu kedatangan Jepun. Adakah datuk nenek moyang kita telah tersilap dengan memberi kewarganegaraan kepada orang Cina sewaktu merdeka. Jika mereka masih mahu terus berpegang kuat pada kata-kata Lian Geok “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina” saya takut satu bom akan meletup di kalangan orang melayu yang telah terlalu banyak bertolak ansur dengan kaum lain. Janganlah kita biarkan ini terjadi. Keharmonian dan kemakmuran negara jangan kita musnahkan. kerana orang melayu...orang islam cintakan kedamaian. Jangan ambil kesempatan atas kesabaran kami...kerana kesabaran kami ada hadnya.. Semoga rakyat Malaysia sentiasa dibawah lindunganNYA...insyaAllah..

Monday, February 21, 2011

Futsal Piala Menteri Wilayah

                                      (Final game - Team Munajat (baju hitam) Vs Pu3 Kickers2)

20hb Februari 2011 (Ahad) telah berlangsung Futsal yang diadakan secara serentak diseluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan. Piala Menteri WP yang julung kali diadakan ini telah membuka peluang kepada ramai belia-belia baik lelaki mahu pun perempuan untuk menyertainya yang dikendalikan oleh Pemuda dan Puteri Bahagian masing-masing.

Di Bandar Tun Razak terdapat 10 pasukan puteri dan 64 pasukan pemuda yang bermain pada ahad lalu. Tahniah diucapkan kepada pemuda kerana dapat mengumpulkan begitu ramai pemuda semasa pertandingan itu. Sememangnya sukan futsal amat popular dikalangan pemuda. Walaubagaimanapun bagi Puteri 10 team yang telah mengambil bahagian juga satu kebanggaan dalam mana bahagian lain begitu susah untuk dapatkan penyertaan. Tahniah kepada keseluruhan 10 pasukan iaitu Pu3 Bahagian, Pu3 Taman Mewah, Pu3 Sri Perindu, Pu3 Kickerz 1, Pu3 Kickerz 2, Play For Fun, Kopusamaju, Team Munajat, Goldens dan Sasu Girl.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang tempat pertama iaitu Munajat dan tempat kedua Pu3 Kickers1. Kedua kumpulan ini akan menjadi wakil kepada Parlimen Bandar Tun Razak di final yang akan diadakan di Putrajaya pada 12hb Mac nanti. Tempat pertama dan kedua telah memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM750 selain plak yang disediakan oleh pihak penganjur. Tak lupa juga buat pemenang tempat ketiga dan keempat iaitu Pu3 Taman Mewah dan Pu3 Kickers2. masing-masing mendapat wang tunai sebanyak RM500.

Diharap semangat kesukanan ini diteruskan dalam program-program sukan akan datang. Terima kasih pada urusetia dan semua yang hadir memberi sokongan. Wassalam..

                             (Tempat Ketiga dan Keempat, Pu3 Taman Mewah dan Pu3 Kickers2)