Myself

Myself
at office Kopusa

Monday, February 21, 2011

Futsal Piala Menteri Wilayah

                                      (Final game - Team Munajat (baju hitam) Vs Pu3 Kickers2)

20hb Februari 2011 (Ahad) telah berlangsung Futsal yang diadakan secara serentak diseluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan. Piala Menteri WP yang julung kali diadakan ini telah membuka peluang kepada ramai belia-belia baik lelaki mahu pun perempuan untuk menyertainya yang dikendalikan oleh Pemuda dan Puteri Bahagian masing-masing.

Di Bandar Tun Razak terdapat 10 pasukan puteri dan 64 pasukan pemuda yang bermain pada ahad lalu. Tahniah diucapkan kepada pemuda kerana dapat mengumpulkan begitu ramai pemuda semasa pertandingan itu. Sememangnya sukan futsal amat popular dikalangan pemuda. Walaubagaimanapun bagi Puteri 10 team yang telah mengambil bahagian juga satu kebanggaan dalam mana bahagian lain begitu susah untuk dapatkan penyertaan. Tahniah kepada keseluruhan 10 pasukan iaitu Pu3 Bahagian, Pu3 Taman Mewah, Pu3 Sri Perindu, Pu3 Kickerz 1, Pu3 Kickerz 2, Play For Fun, Kopusamaju, Team Munajat, Goldens dan Sasu Girl.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang tempat pertama iaitu Munajat dan tempat kedua Pu3 Kickers1. Kedua kumpulan ini akan menjadi wakil kepada Parlimen Bandar Tun Razak di final yang akan diadakan di Putrajaya pada 12hb Mac nanti. Tempat pertama dan kedua telah memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM750 selain plak yang disediakan oleh pihak penganjur. Tak lupa juga buat pemenang tempat ketiga dan keempat iaitu Pu3 Taman Mewah dan Pu3 Kickers2. masing-masing mendapat wang tunai sebanyak RM500.

Diharap semangat kesukanan ini diteruskan dalam program-program sukan akan datang. Terima kasih pada urusetia dan semua yang hadir memberi sokongan. Wassalam..

                             (Tempat Ketiga dan Keempat, Pu3 Taman Mewah dan Pu3 Kickers2)

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

15 Februari 2011 mengukir sejarah tersendiri buat Puteri UMNO BTR kerana buat kali kedua menyertai Perarakan Maulidur Rasul berturut-turut. Kali ini Puteri BTR bersama Pemuda BTR dan penduduk Taman Mewah. Tahun lepas Puteri BTR mengambil bahagian dalam perarakan bersama Masjid Muqarrabin dan penduduk Desa Tasik. Harap-harap aktiviti ini berterusan setiap tahun.
Mengambil bahagian didalam perarakan saja tidak memberi makna jika kita tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Betapa kasihnya Baginda SAW kepada umatnya telah dinyatakan didalam Al-Quran Nur Karim dan juga ditulis didalam hadis-hadis.
Syabas kepada semua adik Puteri yang telah menunggu hingga selesai ceramah Maulidur Rasul. Walaupun ceramah bermula satu jam lewat tapi adik-adik Puteri setia menunggu dengan penuh sabar. Sememangnya untuk melakukan perkara yang baik banyak dugaannya. Insyaallah kita semua mendapat rahmat hasil ceramah yang diberikan oleh YB Zulkifli Noordin dan Ustaz Hazman Hashim.
Diharap program seperti ini terus disokong oleh generasi muda kerana akan datang siapa lagi yang akan teruskan kalau bukan kita generasi hari ini..
                                   (gambar atas perarakan tahun lepas bersama Masjid Muqarrabin)