Myself

Myself
at office Kopusa

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

'Age is just a number' betul ke? Itulah yang akan sering diucapkan oleh setengah-setengah orang apabila masuk tahun baru.. ada juga yang akan kata 'my age stop at 30' dan pelbagai lagi jenaka sinis yang akan diucapkan. Yang pastinya masa akan tetap berjalan suka atau tidak umur akan tetap meningkat. dan setiap tahun kita akan memperbaharui azam kita.

Bagi saya pula tahun 2011 dimulakan dengan azam untuk terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan akan datang di Parlimen Bandar Tun Razak dan sebagai Exco Puteri Malaysia pula saya akan terus membantu YB Datuk KPUM dalam menjayakan misi dan visi PUM.

Blog ini akan saya gunakan untuk menyampaikan maklumat aktiviti saya secara amnya dan aktiviti puteri Bandar Tun Razak secara khususnya. Selain itu saya juga suka untuk berkongsi pendapat saya tentang isu semasa dan berharap pembaca blog juga boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.

Memandangkan ini tulisan saya yang pertama datang dari orang yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan saya amat berharap tunjuk ajar dari rakan-rakan untuk membantu saya memperbaiki tulisan atau bahasa yang digunakan dari masa ke semasa.

Selamat tahun baru buat semua dan salam pengenalan dari saya.

No comments:

Post a Comment