Myself

Myself
at office Kopusa

Tuesday, January 25, 2011

PLKN dicemari lagi..

Kesal sungguh apabila mendapat tahu mengenai insiden yang membabitkan Bhagan Singh a/l Surinderpal Singh peserta PLKN yang telah digunting rambutnya semasa tidur oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Semua ini terjadi kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawap itu tidak faham dan tidak hormat agama lain. Saya sendiri tidak tahu banyak tentang agama sikh, tetapi memotong rambut orang lain yang sedang tidur adalah sesuatu perbuatan yang telah mencabul privasi sesorang, walau agama apa sekali pun.

Kebelakangan ini banyak insiden berlaku yang melibatkan sensitiviti agama. Walau pun kita telah lebih 50 tahun merdeka namun masih ada sebilangan besar rakyat Malaysia yang tidak hormat agama islam sebagai agama rasmi selain pelbagai agama lain yang diamalkan di negara ini.

Antara insiden lain yang menjadi kejutan ramai tentang seorang bukan islam rakyat Malaysia yang menfailkan komplen berkenaan azan di surau/masjid di bangsar. Mungkin juga orang bukan islam ini tidak faham konsep azan yang kita laungkan. Jadi perkara ini perlu kita terangkan dengan baik pada mereka supaya mereka tidak keliru lagi.

Di pihak Islam pula kita perlu juga menjaga hati jiran tetangga kita. Saya rasa kita perlu kaji semula apakah perlu kita perdengarkan zikir, wirid atau bacaan ayat suci Al-Quran dengan kuat diawal pagi sebelum waktu subuh. Bukankah Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk menjaga jiran tetangga. Jika kita membaca Al-Quran tidak perlu membaca kuat-kuat sehingga mengganggu orang lain. Membaca Al-Quran adalah satu perbuatan yang baik tetapi kita tidak boleh paksa orang lain untuk mendengarnya. Umpama jika kita dalam masjid kita tidak digalakkan membaca Al-Quran kuat-kuat nanti akan mengganggu orang lain yang sedang kusyuk bersembahyang.

Ini belum lagi cerita cara berpakaian didalam masjid atau berada didalam kawasannya. Jadi amat penting untuk kita memberi kefahaman kepada rakan2 kita yang bukan islam supaya memahami konsep dan keindahannya agama kita. Mungkin kita perlu adakan Dialog sesama agama. Dialog bukan untuk mencari siapa pemenang tetapi sekadar berbincang untuk mencari satu titik kefahaman untuk terus hidup dengan aman makmur dalam negara yang tercinta...

No comments:

Post a Comment